Tuesday, 23 February 2016

Ingat


setiap antara kita-
mesti akan ada benda yang paling kita ingat

tak kesahlah sama ada benda yang paling kau benci, yang paling kau trauma, yang paling kau fobia, atau perkara yang kau paling tak mahu ingat
dan akhirnya itulah yang paling kau ingat!

tapi rilek, banyak je lagi benda yang baik dalam dunia ni yang patut kita ingat

salah satunya adalah
orang yang paling banyak buat baik untuk kau, walaupun dia bukan siapa-siapa dalam hidup kau.. 
tapi tak adalah yang baik sampai setiap masa asyik nak bertegur sapa dgn kau alah rilek la
huhuhuhuhuhuhuhuh

aku ada sorang junior
and ya dia satu dorm dengan aku

dia bukanlah sejenis manusia yang memang baik yang ikut usrah, tapi dia selalu baik in her own way. even aku senior, aku memang akan pilih katil atas
sebab aku tak suka duduk katil bawah sebab setiap kali balik prep setiap kali tulah setan tu heret tangan aku suruh tidur ok tidur macam tidur tu jelah benda paling best dalam dunia ni
so, aku memang terus change katil atas sampai pen.kanan check dorm and tanya
 "kau ni dah kenapa... orang nak katil bawah, kau sibuk nak yang atas"
takkanlah aku nak jawab "senanglah saya nak feel feel tak ada orang kacau?!" ek

&& ya kadang-kadang annoying gak kalau katil bawah ni bila-bila tetiba ada entah siapa-siapa masuk dorm pastu nak bising-bising fak annoying gila

so, aku memang akan stay katil atas!

sebelah katil aku ni memang kosong. and aku suruh je naik atas sebab dia ni sejenis yang ganas ganas tapi bila part nak kencing pukul 3pagi.......... takut!

everyday balik prep, kalau aku penat sangat..... memang aku pi lantaklah semua apa benda
aku terus tidur.
and kalau memang ada homework, aku selalu je cakap dengan dia nanti after baca surah kejut aku ke apa. And dia ni sejenis manusia yang memang kalau kau suruh dia kejut
dia akan put all effort untuk KEJUT KAU!
dia bukan jenis macam org lain yang kejut sekali and lantak kaulah kau nak bangun ke tak, bukan hal aku pun kalau kau gelabah tak siap homework pun esok kan?!

tak...... dia akan kejut kau sampai kau bangun
dia akan seret kau, pakaikan spek kau, jerit-jerit kat kau, walau lepas tu aku bapppppp tidur balik
dan kalau kau tak bangun, dia akan bagi another suggestion macam
"esok bangun awal tau siapkan?"

and aku memang ada habit kalau aku push sangat diri aku, memang at the end, tak sampai 15minit aku dah tumbang. pernah sekali tu aku buat kerja apa entah memang tahap bed aku full gila dengar kertas, buku, pen dan manila kad
and ya, esok aku bangun.................... everything dah kemas

aku memang selalu je tidur pakai spek, sebab aku ni jenis yang 'ok rilek tidur 5 minit je'
last-last hamekkk kau 5jam bantai tidur
and ya........................ esok pagi bangun
spek dah kat tepi, kepala atas bantal dan badan dah kena selimut

daym, sebab aku katil atas aku memang tak boleh kalau tak selimut
sebab esok memang hancur break down, demam!

dan sampai sekarang ataupun esok lusa, aku tetap ingat suara dia kejut aku
"bangunlahhhhh, nak berjaya kan? nak berubah kan? takkanlah nak kat tempat yang sama? macam mana nak score kalau macam ni? habis aaaaa memang hancur aaaaaaaaa"
"bangun subuh aaaaa, nanti masuk neraka"

kalau antara orang dalam dunia ni yang aku akan berterima kasih selepas mak bapak,
adalah dia

terima kasih :)



No comments:

Post a Comment