Sunday, 6 March 2016

Lupa


kau gantung aku dengan penjelasan 

sampai aku terlupa-
bila waktunya patut berhenti
bila masanya perlu bermula

Wednesday, 24 February 2016

Bayang


kelas aku waktu tingkatan empat betul-betul terletak di tingkat paling atas bangunan sekolah, jadi bila bangun pagi dengan mata yang koyak rabakzzzzZzzzZzzzzz
memang payah aaaa nak survive pagi tu-

tapi bila part dah sampai petang, bila semua orang tengah terbongkang dan tersadai serta kelas senyap gila................... memang feel tu sampai-
so banyaklah aku berangan itu ini tapi most of the time, memang aku bantai tidur je aaaa selalu

zaman sekolah ni tak tahu lah nak kata best ke tak ek, sebabnya 
alah biasalah dalam hidup ni mana ada yang kau hidup 24jam je kau gelak so biasalah kan kalau nak gelabah gelabah, nak frust frust, nak rasa paling bodoh pun pernah je
blergh!

selalunya kalau petang, kadang-kadang kalau dah fed up sangat memang pergi library lah
sebab kalau dah tahap panas nak mampus dengan bau yang entah apa-apa dalam kelas tu lebih baik aku masuk library yang masih bau stokin, but still ada aircond so oklah kan tu oklah?!
and malam tu selalunya dari surau tu aku memang selalu lambat-lambat sebab biar jalan nak ke kelas tu tak stress dan tak ramai orang-

sekolah aku ni petak and kat tengah-tengah ada dataran
so, bila kau jalan kat tengah dengan keriuhan budak budak tengah berbincang yang entah apa-apa  kat dalam kelas tu,
best ok!

and ya, aku duduk betul-betul sebelah tingkap. so, kalau pagi-pagi panorama jelas... memang akan nampak satu kawasan tu, and kalau jelas lagi boleh nampak laut

pernah je waktu malam-malam aku tengah buat kerja
sambil feel nyanyi bertenggek kat tingkap tu

"biarkan duniaaaaa berputarrrrr, seiring waktu berjalannnnnn sampai saat nanti tiba waktu merestui cinta yang terlaranggggg untuk kita berduaaa woooOooooOOoooooo"

"dari jauhhh ku berlari mengejar mimpi-mimpi berattt rasanyaaaaa ku dapatkan semuaaaaa"

FAK! sumpah tiba-tiba ada mamat form5 sambung nyanyi dari bawah

setan, start dari haritu aku terus tak nyanyi lagi dah kat tingkap-
terus insaf dan taubat





Tuesday, 23 February 2016

Ingat


setiap antara kita-
mesti akan ada benda yang paling kita ingat

tak kesahlah sama ada benda yang paling kau benci, yang paling kau trauma, yang paling kau fobia, atau perkara yang kau paling tak mahu ingat
dan akhirnya itulah yang paling kau ingat!

tapi rilek, banyak je lagi benda yang baik dalam dunia ni yang patut kita ingat

salah satunya adalah
orang yang paling banyak buat baik untuk kau, walaupun dia bukan siapa-siapa dalam hidup kau.. 
tapi tak adalah yang baik sampai setiap masa asyik nak bertegur sapa dgn kau alah rilek la
huhuhuhuhuhuhuhuh

aku ada sorang junior
and ya dia satu dorm dengan aku

dia bukanlah sejenis manusia yang memang baik yang ikut usrah, tapi dia selalu baik in her own way. even aku senior, aku memang akan pilih katil atas
sebab aku tak suka duduk katil bawah sebab setiap kali balik prep setiap kali tulah setan tu heret tangan aku suruh tidur ok tidur macam tidur tu jelah benda paling best dalam dunia ni
so, aku memang terus change katil atas sampai pen.kanan check dorm and tanya
 "kau ni dah kenapa... orang nak katil bawah, kau sibuk nak yang atas"
takkanlah aku nak jawab "senanglah saya nak feel feel tak ada orang kacau?!" ek

&& ya kadang-kadang annoying gak kalau katil bawah ni bila-bila tetiba ada entah siapa-siapa masuk dorm pastu nak bising-bising fak annoying gila

so, aku memang akan stay katil atas!

sebelah katil aku ni memang kosong. and aku suruh je naik atas sebab dia ni sejenis yang ganas ganas tapi bila part nak kencing pukul 3pagi.......... takut!

everyday balik prep, kalau aku penat sangat..... memang aku pi lantaklah semua apa benda
aku terus tidur.
and kalau memang ada homework, aku selalu je cakap dengan dia nanti after baca surah kejut aku ke apa. And dia ni sejenis manusia yang memang kalau kau suruh dia kejut
dia akan put all effort untuk KEJUT KAU!
dia bukan jenis macam org lain yang kejut sekali and lantak kaulah kau nak bangun ke tak, bukan hal aku pun kalau kau gelabah tak siap homework pun esok kan?!

tak...... dia akan kejut kau sampai kau bangun
dia akan seret kau, pakaikan spek kau, jerit-jerit kat kau, walau lepas tu aku bapppppp tidur balik
dan kalau kau tak bangun, dia akan bagi another suggestion macam
"esok bangun awal tau siapkan?"

and aku memang ada habit kalau aku push sangat diri aku, memang at the end, tak sampai 15minit aku dah tumbang. pernah sekali tu aku buat kerja apa entah memang tahap bed aku full gila dengar kertas, buku, pen dan manila kad
and ya, esok aku bangun.................... everything dah kemas

aku memang selalu je tidur pakai spek, sebab aku ni jenis yang 'ok rilek tidur 5 minit je'
last-last hamekkk kau 5jam bantai tidur
and ya........................ esok pagi bangun
spek dah kat tepi, kepala atas bantal dan badan dah kena selimut

daym, sebab aku katil atas aku memang tak boleh kalau tak selimut
sebab esok memang hancur break down, demam!

dan sampai sekarang ataupun esok lusa, aku tetap ingat suara dia kejut aku
"bangunlahhhhh, nak berjaya kan? nak berubah kan? takkanlah nak kat tempat yang sama? macam mana nak score kalau macam ni? habis aaaaa memang hancur aaaaaaaaa"
"bangun subuh aaaaa, nanti masuk neraka"

kalau antara orang dalam dunia ni yang aku akan berterima kasih selepas mak bapak,
adalah dia

terima kasih :)



Sunday, 21 February 2016

Jauh

hari ini, ternampak sesuatu lagi dari orang jauh-
aku suka setiap apa yang dia tulis, 
terima kasih, dan jangan lupa terus menulis!

sebab, dari beribu ribu jauh kilometer ini, ada orang yang membaca :)


Yakinlah bahwa di setiap lelah yang berkepanjangan, akan ada tempat ternyaman untuk pulang dan melepas lelah.
—  Jakarta, 24 Mei 2015
21:16

Friday, 19 February 2016

Makan


aku suka gila makan!

bahahahaahahhahahahaahahahahahahaha ok 

and ya, aku suka gila kedai yang riuh and macam ramai gila orang
esp kalau kedai tu ada benda bakar bakar macam ikan bakar ke sate ke omg aroma dia
walaoweh!

tapi mengahncurkan gila kalau tetiba sebelah meja kau ada pakcik sedap sedap hembus asap rokok (annoying ok)

every week aku memang suka pergi warung yang bawah pokok depan bank ni
tapi bahaya gak la kalau kau makan yg bawah pokok sebab
omg! banyak gila ok burung bertenggek kat atas pokok tu macam serioussss banyak gila
and kalau kau tengah makan sup, hahaahhahaha tak silap silap
dapat penyedap perasa pulak dari atas

"bang, nasi putih ada? tambah satu!"
"oh nasi hitam pun ada.... kalau nak la?"

ANYONYONYONYO DAH FUNNY FUNNY DAH!

Sunday, 14 February 2016

Pecah


aku terima kasih sangat sangat untuk orang sekeliling aku, yang aku kenal sepanjang hidup aku
tak kesahlah setakat jumpa di kaki lima atau dah sampai rapat tahap nak cerita semua benda

ya sesiapa yang aku jumpa pun itu rezeki-

salah satunya adalah rakan sekelas aku, alia (bukan nama sebenar)
kitaorang sekelas, tapi tak adalah macam rapat gila sampai berkepit kan
tapi selalu jugaklah tersama group kalau ada homework chemist ke apa benda

ya, dari awal aku memang tahu yang mak ayah dia divorce and dia ada masalah in family
aku macam curious gila nak tahu tapi yalah privacy orang takkanlah sesuka hati aku nak tanya
tapi entahlah macam mana, time aku nak kemas locker kat kelas tetiba dia datang cerita pasal holiday blablablabla and tiba tiba masuk part family pulak

"oh alia selalu risau kalau terpanggil abah, as ayah"
aku pandang dia sambil buat muka macam pelik lah sikit sikit "kenapa pulak?"
"sebab ayah tu ayah first and abah tu ayah second. so macam awkward kan kalau tersalah panggil?"
"eh, alia ada dua ayah?"
"ya" sepatah sahaja dia jawab sambil senyum dan kemudian sambung lagi-
"dan ada dua mak"

aku nampak dia senyum, dan aku terus tak jadi nak tanya apa yang dalam otak aku rasa nak tanya tadi. aku faham apa dia rasa. kau ingat senang ke tiba tiba nak terima strangers dan perlu pula panggil  ayah dan............ mak?!

weh dalam dunia ni kau ada satu mak dengan satu ayah je do, and untuk terima yang lain dari itu bukanlah satu perkara yang mudah. 

aku terus diam. taknak tanya apa apa soalan lagi. cuma dalam hati berharap lah jugak conversation tu akan menjadi lebih panjang dan dia akan bercerita lebih. terus aku cool cool je sambil susun balik buku ke dalam locker!

sampailah dia sambung balik
"waktu tu alia darjah enam" dia sambung!
aku terus toleh pandang belakang. 
"time tu malam, mak keluar tak tahu pergi mana and ayah pergi kerja. alia tengah tengok tv je time tu, tiba-tiba mak call suruh kemas rumah sebab ada kawan dia nak datang. bila mak balik, alia nampak ada kereta ayah sekali. mak dengan ayah masuk dengan seorang tetamu perempuan. alia senyum dan terus mak tarik tangan ke arah bilik. mata mak merah suara mak bergetar, suruh alia masuk bilik dan jangan keluar sebelum dia kata keluar. alia tanya dia kenapa? mak terus peluk sambil kata, perempuan itu isteri ayah. mak terus masukkan alia ke dalam bilik, dan pintu bilik itu ditutup."

aku terus pandang alia. riak aku sedikit terkejut. 

"sepanjang alia dalam bilik tu, macam macam alia dengar. alia anak tunggal, dan tak sangka ayah sanggup tipu mak sampai macam itu sekali. mak selalu persoalkan, apa kurangnya mak dan apa lebihnya perempuan itu? sebab, ayah berkahwin lain dengan janda anak satu yang umurnya sebaya alia! mak terpaksa redha dan akhirnya bercerai. pakcik kesiankan mak sebab mak suri rumah dan tiada kerja, jadi apabila bercerai dengan ayah kami agak sedikit tergantung. after several month, pakcik kenalkan mak dengan lelaki lain (yang juga rapat dengan keluarga atok). alasan pakcik, biarlah mak berkahwin dan ada orang tanggung. alia sangat bersyukur sebab duduk di asrama, dan tak perlu hadap tengok mak bernikah dengan lelaki lain. kalaulah ayah tak buat hal, semua benda tak akan kucar kacir seperti ini."

mata alia yang merah sudah pandang aku, 

"kalaulah ramai orang di asrama ini homesick mahu pulang ke rumah, but im different. sebab alia bersyukur tercampak ke sini" 

"alia masih teringat waktu ambil result pmr di dewan, mak terus suruh call ayah. mak kata, alia perlu beritahu ayah tentang keputusan cemerlang yang alia dapat. mak suruh ingatkan ayah........... kalau tak ada ayah pun kami masih boleh hidup dan alia masih boleh berjaya"

alia terus menangis dan fak! aku pun terikut sekali

"sebenarnya, bila teringat setiap apa yang ayah buat. itu yang kuatkan alia..... itu yang make me for who i am today"

you know, kadang kadang dalam dunia ni kita selalu nak lebih daripada apa yang kita ada (ya, termasuk aku!)
sedangkan orang lain selalu kurang, tapi they use it sepuas-puasnya apa yang mereka ada agar terus merasa senang

believe me, dengan zaman ada instagram papp pap papp pap pap aku selalu jealous dengan orang yang bercuti luar negara, dengan orang yang boleh keluar sephora dengan paperbag sampai tiga,
dengar orang yang boleh tengok wayang bila bila masa, dengan orang yang selalu cantik dengan outfit cool nak gila, dan dengan orang yg selalu up kan gambar makanan mewah belaka

sampai aku sendiri lupa,
yang apa aku ada pun aku sendiri terlupa nak hargai nikmatnya.

how bad i am

tapi still, tak salahkan kalau kita nak dream high? walaupun dalam hati gelisah but ya!
nak tak nak kena hadap

ironikan?
bila aku selalu rasa asrama tu macam neraka untuk aku lari darinya
tapi alia anggap asrama itu syurga untuk dia berlindung dari kenyataan yang terpaksa dia hadapi diluar sana

ya, we are on the same boat......... but different cabin!

Monday, 21 December 2015

Puas


kadang-kadang 
benda paling puas yang kau boleh rasa dalam dunia ini adalah bila-

kau rasa kau tak boleh
tapi kau cuba